(ni dia post yang hilang tu)
Di atas permintaan ramai.
Mula-mula aku tak ambik pot mengenai kes ni sehinggalah member aku tunjuk video yang sebenar kat aku. Setelah mengkaji dengan lebih mendalam ada beberapa teori yang aku boleh simpulkan.
-Dengar cerita kat dalam forum dan beberapa sumber viral yang lain, katanya anak durhaka kena sumpah jadi macam tu sebab dia sepak mak dia tengah baca Quran. Bising dia nak nengok Sanay Wala Nang Wakas. Pastu mak dia sumpah dia jadi macam tu.
-Bagaimanakah ayat sumpahan mak dia? Aku membayangkan. "Aku sumpah ko jadi ikan pari!!", "Menjadi alien-lah kamu!!", "Kurang ajar, mak sumpah kamu jadi macam binatang kat dalam SpongeBob Square Pants!!".
-Metro melaporkan ia adalah "Patung itu, yang dicipta ahli seni, Patricia Piccinini, 41, dan dinamakan sebagai ‘Leather Landscape’, diperbuat daripada silikon, plastik tiruan, kulit haiwan dan rambut manusia". Tapi kalau pameran hasil seni sekalipun, mengapa karpet lantai, alas meja dia tak macam kat pameran seni? Macam rumah orang je.
-Tak guna punya Metro, kalau dah mende betul dia cakap tipu, mende salah dia cakap betul macamana kita nak percaya?Janji jual..
-Gambar dia cakap kat atas katil. Tapi yang aku nengok kat atas meja. Pastu ada 2-3 brader tengah usyar.
-Bacaan Al-Quran yang menjadi backround sound video ni barangkali over-dub. Bunyi macam kaset.
-Barangkali hasil tangkapan nelayan yang berjaya menangkap seekor ikan misterius yang belum pernah ditemui. Ikan laut dalam yang terkena mutasi. Tak pun alien. Kalu begitu aku pun nak rasa macamana. Pekena buat gulai lemak macamana rasanya?
-Kalau ikan buat apa letak atas meja elok-elok siap ada alas lagi. Letak atas lantai cukup la. Tak pun dalam 'besen' (baldi). Rasional jugak letak dalam air supaya dia maintain hidup dan boleh up kat jiran-jiran. (Sila download video di bawah dan nilaikan sendiri)
-Namun demikian layanan terhadap menatang tersebut macam orang. Entah2 betul orang yang kena sumpah?
-Katakan korang berjaya menyumpah anak durhaka korang jadi ikan pari, ok tak kalau orang ramai-ramai datang rumah nengok? Pastu orang cakap "Ek ele.. sampai sumpah anak jadi macam ni, hapa la lu..". Kalau aku sure tak mengaku punya.
-Syurga di bawah telapak kaki ibu. Dan manusia sering alpa dengan kekuasaan Tuhan. Dengan bantuan tabloid murahan seperti Metro, kita menolak perkara-perkara sebegini. We refuse to belive. Sedangkan perkara ni mungkin ada betulnya.
-Bagi aku, kita ni hanyalah manusia. Kalau betul ada kutu main-main buat video ni nak bagi gempak, it's a good entertainment. Seronok. Tapi kalau betul-betul menatang tu asalnya dari manusia, maka sampai masa nya kita berhenti sejenak dan berfikir. Tuhan itu Maha Kuasa. Kita hanya manusia. Jangan durhaka nak-nak ngan mak kita sendiri.
-Wallahualam.
Sila download video dengan menggunakan link ini. Fail format .3gp dan boleh bukak pakai Nokia Multimedai Player. Takpun guna Quicktime.
Download
Fail di host menggunakan server TahapSempurna milik Pyrokumprinx Advanced Media. Jangan hotlink. Jika mahu menge-link, sila link ke page ini. Hotlinking on TahapSempurna server will result in 'TahapSempurna' action against you.
Monday, February 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam sejahtera...xsure bila citer ni dibuat..just nk bg info sket jer...bg yg percaya citer ni mmg ar bodo.dlm gmbr tu sebenarnya gambar ikan.lupa plak nama ikan tu.mmg rupa ikan tu mcm tuh.gambar ikan diambil dr bawah, yg lebar tu mulut ikan, 2 biji mcm mata tu saluran pernafasan or insang dia.kalo diterbalikkan ikan ni, nampak la mata dia kt atas...bole tengok link kt bawah ni...sekian...
http://www.youtube.com/watch?v=N03-BsZh9rw&feature=related
Post a Comment