Tuesday, January 31, 2006

Playboy Indonesia?

Playboy magazine set for Indonesia despite protests.
An Indonesian publisher vowed on Friday to go ahead with the launch of a local version of Playboy magazine despite growing protests from conservative Muslim groups and nationalist politicians.
Link

From Ricecooker

BLACK METAL - YANG BERAT DAN YANG HITAM
oleh Hishamuddin Rais

"..Cuba bayangkan apa kena mengenanya mengoyak dan terkencing di atas kitab suci Al-Quran. Apa sangkut pautnya perbuatan ini dengan genre muzik metal. Paling tidak masuk akal ialah mengadakan hubungan seks di atas Quran. Melakukan hubungan seks untuk saya adalah satu nikmat berahi. Tetapi terlentang atau terbaring dengan sebuah kitab di bawah badan pasti tidak selesa dan potong stim."

Read More

It's nice to hear from M. Daud Kilau once in a while

"..Menyentuh pula dari segi imej, M Daud yang pernah digelar The Wiggle King itu memang terkenal dengan fesyen yang flamboyan. Cakap saja apa jenis fabrik - satin, velvet, lace, jojet, broket serta kain yang bersulamkan sekuin dan labuci - semuanya pernah membaluti tubuh gemalai M Daud itu untuk bergelek!"
Link

Lee Space comeback?

Lee Space (gambar) adalah seorang drummer handalan yang berasal daripada Kuala Lipis. Beliau pernah dikaitkan dengan isu Ayah Pin (Pimp Daddy) satu ketika dulu. Dan gambarnya juga keluar dalam VCD Ayah Pin yang sangat popular ketika itu.
Kami sekampung juga agak berang dengan tindakannya men-join Ayah Pin dan berhasrat untuk tidak berkawan dengannya lagi kalau dia balik ke kampung.
Syukurlah, kini Lee Space telah kembali ke pangkal jalan dan akan membuat comeback dalam arena muzik tidak lama lagi. Dia juga dikatakan sedang menimbang tawaran bermain dram bersama beberapa kumpulan rock yang memerlukan khidmatnya.
Kepada Lee Space, gua ucapkan welcome back brader!
Link

Polis kecewa ramai orang eksiden

"Polis trafik yang anggotanya dibekukan cuti malah ada yang terpaksa bekerja 24 jam bagi mengawal lalu lintas sempena musim perayaan Tahun Baru Cina kecewa dengan peningkatan korban dalam Ops Sikap X."-Berita Harian
Orang mati eksiden adalah satu hakikat kehidupan yang mesti kita (dan polis trafik) terima dengan redha. Tak kiralah takde cuti ke, kerja 24 jam ke.
Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner OK Jalil Osman berkata, "Kami sudah jenuh (letih) dengan sikap pemandu seperti itu,".
Akhirnya dapat jugak kita jumpa perkataan 'jenuh' dalam surat khabar tempatan.
Asisten Komisioner juga adalah satu jawatan yang popular dalam filem-filem bollywood.
Link

Kau dan aku sama saja. Suka makan.

Aku suka makan, dan apa yang aku makan, aku hanya makan dan taktau apa-apa. Tapi hasil pembacaan dan pengamatan aku mungkin ada logiknya pendapat dan pandangan sebegini.

Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah).Timun pula adalah anti-karsinogen Link

Friday, January 27, 2006

(Janji Jual) Malaysia's Most Beautiful?

Dilla Syahira Abdul Latiff (gambar) dimahkotakan sebagai juara Malaysia’s Most Beautiful (MMB) anjuran stesen televisyen 8TV. Mencari 'Most Beautiful' memang seronok dan boleh jual. Malangnya (dan sangat mengecewakan), pertandingan ni sama macam Akademi Fantasia iaitu nak cari raja SMS yang paling popular. Dan sama macam Akademi Fantasia, yang memang tu adalah yang pernah terkeluar tapi dia 'serap balik'.
I wonder jumlah SMS yang dia terima tu sama tak nilainya dengan rumah kondo yang dimenanginya..
Link : Berita Harian MMB Official Site

PostSecret


Semua orang ada rahsia. PostSecret adalah satu projek di mana seseorang menge-pos rahsia mereka di atas sekeping poskad. Dan setiap hari ahad, site ni akan akan di-update dengan poskad yang baru. Paling power, site ni hanya menggunakan perkhidmatan Blogger.
Ni adalah antara website yang aku wajib lawati setiap minggu. Link

Ikan Paling Kecik Di Dunia

Saintis telah menemui ikan yang paling kecik di dunia kat Sumatera. Ikan ni hidup dalam air yang mempunyai tahap pH3 dan berukuran hanya 7.9mm. Berudu lagi besar.
Link

Jangan Sakiti Ahmad Dhani

Jangan sakiti ku lagi
mungkin aku bisa pergi
pergi untuk selamanya
dan mungkin tak kan kembali

Emotional Love Song - Republik Cinta

Dengarnya macam lagu cinta-cinta yang biasa kita dengar. Tapi aku rasa ini adalah mesej Ahmad Dhani kepada mereka yang selalu buat hal ngan band Dewa19. Mungkin Dewa19 akan berkubur kalau diaorang berterusan menuduh band ni bukan-bukan?
Kalau kita kat sini sibuk ngan isu Black Metal, halnya sama dengan band Dewa19 di Indonesia tahun lepas.
Apa salah muzik?
Jadi korang semua, jangan sakiti Ahmad Dhani.

Lirik Penuh

Thursday, January 26, 2006

Baca fakta ini

Fakta-fakta menarik...

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar d**enali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
d**enali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya


Huahhh... Huahhh.... Huahhhhh.....

Wednesday, January 25, 2006

Bintang Buck

StarBuck

aku suka kafein, ntah pasal apa, aku tahu bahaya dia, antara kedai yg menyediakan bende alah ni , Star Buck, tapi .. aku tak mampu nak beli, erhm....

satu hari boss suh ke Damansara jumpa client, wah, agak jauh , menempuh 2-3 tol , sampai jugak , erhm....ada Star Buck kat tingkat bawah,

borak2 ngan client, Jom minum !! kat Mana ya ??? Star Buck ! Gulp! ye ke ? heehhe...torusss......kelegaan maksimum menyumbat tekak dengan air mahal ... ntah apa2 suka sangat minum prduk import, kita ada barangan tempatan, ....Kopi Jantan kan ada....
tapi , ttp kita sukakan produk import, apakah sebab ? kerna glemer ? kerna ada hotspot ? kerna waiter dia cun tak hingat ? kerna mahal ? kerna di kelilingi leh orang yg cakap omputih ??? ...ntah aaaa.......

Teori Konspirasi 9/11

Malapetaka yang menimpa Amerika Syarikat pada 11 September 2001 masih menjadi banyak tanda tanya pelbagai pihak.Kat sini aku nak tunjukkan satu website yang menunjukkan wujudnya konspirasi disebalik 9/11.Let's roll!

Tuesday, January 24, 2006

DIY Retro Cellphone Handset

I-Hacked.com has a step by step instruction on how to make a 'DIY Retro Cellphone Handset'. Belived to be the 'in' stuff in Japan right now. I'm making mine this weekend. Link

Tahukah Anda?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera
huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo
Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat
zip terbesar di dunia yang menghasilkan
zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik
tidak bergema dan beralun. Sehingga kini
kita tidak tahu mengapa.

Banyak lagi mende yang korang tak tahu. Afzan's blog got a handfull of list. Link
Originally posted by Afzan06. Edited by Kumprinx.

Media memainkan peranan penting dalam penyebaran VCD lucah

SUBANG JAYA: Seorang penganggur merakam gambar bogel isterinya ketika mandi
untuk mengugutnya agar tidak menuntut fasakh atau membuat laporan polis terhadap keganasan yang dilakukannya terhadapnya. (BH)

Aku sure, lepas berita ni keluar, mesti ramai kutu yang pegi cari VCD ni. Penganggur tu pun bukan boleh harap sangat. Sebenarnya berita-berita macam ni lah yang menaikkan industri VCD cetak rompak di Malaysia ni. If the press stop writing about this kind of stuff, there will be no more demand. And the industry might just stop as well. Link

Program percuma untuk Telefon bimbit dan "Pocket PC"




Berminat hendak mendapatkan banyak program untuk telefon bimbit atau "pocket PC" secara percuma, boleh cuba cari disini, Am banyak dapat program yang baik disini. Kalau sesiapa ada web yang menarik yang lain boleh beritahu Am ya

Seseksi Nombor: Pi


π or Pi (sebutan Pai [malay] dan Pie [eng]) bukanlan pai ceri, pai epal atau pai-ep (paip??), tetapi merupakan suatu konstant (bukan pok gabok Constantine) atau pemalar yang merujuk kepada ratio antara lilitan bulatan kepada diameter. Bagi semua yang pernah belajar matematik, pasti semua sudah maklum bahawa formula lilitan bulatan adalah πd (d=diameter, dan d=2j iaitu j=jejari). Dengan alter sikit formula itu, dapatlah π=lilitan/diameter. Nilai π yg diajar kat sekolah sampai 3 t.p saja iaitu 3.142. Tapi bagi mereka yg berkeinginan tuk mencabar minda yg karat menghafal keseluruhan nilai π (yg sebenarnya adalah infinit), boleh la cekidaut kat sini. Selamat la aku ucapkan!!

Monday, January 23, 2006

Schedule World Cup


Seperti anda sedia maklum tahun 2006 ini adalah tahun yang paling hebat!! ini kerana pada 9 jun 2006 telah bermula 'perang sedunia' atau pendekatan lebih dekat lagi 'world cup'. Kali ini jerman sebagai host. Disini zan sertakan schedule match untuk korang print. Untuk Schedule eletronik pun ada tapi kena email ke afzan06@yahoo.com kerana dibuat dalam bentuk format microsoft excel.

Bercerita tentang "Siapa Salah"

Sekarang terlalu panas isu orang bukan islam bagai cuba campur tangan dalam hal ugama islam, Am taknaklah kupas bagaimana nak menghalang dan bagaimana nak menyelesaikan isu ini, sudah ramai orang yang bijak pandai dari bawah hingga keatas memberikan pendapat mereka. Am lebih terpanggil untuk membawa kita semua berfikir kenapa perkara ini terjadi dan yang paling penting kita kena tanya diri kita sendiri kenapa mereka berani campur tangan tentang islam.

Adakah kerana mereka terlalu berani atau kita terlalu takut?
Adakah bilangan mereka terlalu ramai dan kita pula makin sikit?
Adakah mereka bersatu dan kita pula pula makin tak bersatu?
Adakah mereka terasa terancam dengan kita atau sebenarnya kita makin lemah?

Sepenuhnya Link

Hell hath no fury like women scorned

Seorang brader telah kena tipu ngan sorang awek yang 'Seorang gadis belasan tahun menggunakan pakaian seksinya untuk memperdaya..' Dengan bermodalkan pakaian seksi dan punchline: "Abang nak telefon bimbit murah... saya boleh tolong memperkenalkan seorang rakan saya yang mempunyai `kabel kuat’ dengan kastam dan mampu mendapat telefon Nokia yang dirampas model terbaru N90 dengan harga RM1,000 setiap satu". Hek ele.. trick telefon bimbit Kastam yang murah ni dah basi la. Boleh kena tipu jugak. Link

Anak sedara Osama Bin Ladin

Ya. Beginilah rupa paras anak sedara Osama Bin Ladin. Namanya Wafah Dufour. Ni kira Safe For Work lagi ni.. Hehe. Link

Sunday, January 22, 2006

Granpa Money

Worlds Paper Money : Malaysia
you can always appreciate the design put into our bank notes from as early as 1929 until now! Interesting stuff here
— http://aes.iupui.edu/rwise/countries/malaysia.html

Berita Harian's Video Gallery.

I wish they had better lighting. The video quality looks like home-made porn.
Link

FREE 13 mins worth of NasionCall Home talk time without any obligation!

NasionCom is the next generation telecommunication service provider delivering innovative voice and data services, broadband internet access, interactive entertainment systems and information technology solutions to corporations and home users throughout Malaysia.
Somebody please try this. 13 minutes is enough gossip for anybody.
(This is not a sponsored) Link

Yamaha Motor. Helikopter?

Yang kita tau Yamaha buat motorsikal dan alat-alat muzik sahaja. Rupanya ada buat helikopter jugak. Sekarang polis dah rush Yamaha Motor Co. sebab disyaki cuba mengeksport helikopter secara haram. Helikopter buatan Yamaha ni tak memerlukan pemandu dan katanya digunakan untuk buat semburan ke atas tanaman pertanian. Tapi boleh jugak guna untuk sembur racun kimia, mengintai anak dara mandi dan aktiviti ketenteraan.
Link

Janji Jual (Metro): Remaja Jadi Ikan Pari

Kat luar gempak. Gambar yang sensasi dan penuh kepelikkan. Menerujakan sifat ingin tahu anda. Seleksi Janji Jual kali ni dibawakan oleh Metro Ahad. Kononnya anak durhaka kena sumpah jadi ikan pari. Tapi sebenarnya patung "yang dicipta ahli seni, Patricia Piccinini, 41, dan dinamakan sebagai ‘Leather Landscape’, diperbuat daripada silikon, plastik tiruan, kulit haiwan dan rambut manusia". Hek ele.. janji jual. Link

Ikan Buaya?


Abdul Razak Zain daripada Jitra, Kedah berjaya menangkap seekor ikan misterius. Mulut macam buaya, sisik macam ular. Dengan rupa paras yang sungguh pelik tu aku harap ada pihak yang berkaitan dengan perihal haiwan akan memberikan komen diaorang dalam 2-3 hari ni. Kalau betul-betul spesis yang belum pernah ditemui, aku angkat joran, sauk, kotak Coleman, jala, pergi mengail kat sana. Selagi tak dapat, aku tak nak balik (kecuali lapar).
Link Starpic by G.C. TAN

Saturday, January 21, 2006

Lowbright Comics

Komik yang sungguh menarik untuk dibaca. Pelukisnya korean. Dan skang ni ada siri baru yang boleh korang follow setiap hari. Only if you have absolutely nothing to do right now.
Cekidaut!

Tuesday, January 17, 2006

Dewa19 - Republik Cinta

Album baru dah keluar. Dah ada jual kat sini ke? Link

Beli mau, bayar tak mau.

Tiada yang dapat menandingi perasaan megah memandu kereta baru di jalanraya. Lebih-lebih lagi model terkini siap dengan no plet baru. Namun demikian, beli mau, bayar tak mau. Berapa ramai orang kat Malaysia ni tak bayar ansuran kereta?
Link