Monday, March 20, 2006

12 kamera baru Panasonic padat, jelas

PANASONIC perkenal empat kamera digital baru dalam siri Lumix serta lapan kamera video digital dalam siri e-Cam Mini DV dan DVD yang dilengkap dengan pelbagai ciri menarik.Kamera digital Lumix kecil dan padat tapi kaya dengan ciri dimajukan berasaskan teknologi terkini termasuk Mega OIS serta High Sensitivity Mode, manakala lapan model baru eCam dengan 3CCD dan OIS.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Hiroshi Nakamura, berkata Mega OIS ialah teknologi penstabil imej yang digabungkan dengan High Sensitivity Mode, bagi menghasilkan imej mantap dan jelas walaupun tangan bergoyang ketika mengambil gambar.

Lumix FX01 (RM1,599), TZ1 (RM1,599) dan FZ7 (RM1,799) menggunakan lensa Leica, manakala LS2 (RM799) dilengkapi lensa Lumix DC Vario.

FX01 ialah kamera digital terkecil di dunia dengan lensa sudut lebar 28mm dan TZ1 adalah terkecil di dunia dengan keupayaan zum sehingga 10 kali.

FZ7 yang boleh zum hingga 12 kali, adalah model eksklusif untuk pengguna baru hingga bertaraf profesional, manakala LS2 pula bersaiz kecil tapi bergaya dengan ciri Mega OIS dan oleh hanya dua bateri AA.

Lapan kamera video digital baru pula ialah lima dari standard Mini DV dan tiga DVD. Dijual pada harga dari RM1,399 hingga RM3,999 dan boleh zum optikal dari 10 kali hingga 30 kali.

Lima daripadanya ialah jenis 3CCD dalam saiz yang lebih kecil berbanding kamera 3CCD sebelum ini yang agak besar dan berat.

3CCD digabung dengan Mega OIS dan High Sensitivity Mode akan menghasilkan gambar atau imej paling cantik untuk menarik perhatian pengguna baru mahupun profesional.

Mereka juga ada pilihan untuk model storan pada pita Mini DV atau terus ke cakera DVD.

Antara ciri terbaru kamera video baru itu ialah ‘Anti Ground Shooting’ atau anti ambil gambar lantai/tanah. Ia ciri terbaik bagi pengguna yang sering lupa mematikan fungsi merakam, kerana walaupun pengguna terlupa ia akan mati sendiri jika terambil imej di bawah lantai atau tanah. Fungsi itu menjimatkan bateri.

pls visit lumix

No comments: